University Waikato NZ tawar peluang pendidikan
Utusan Sarawak - Thursday, 20 March, 2003
 

[ back ] [ NZC News Archive ]


GIVING INFORMATION... Kingsbury (right) attending to students at one of the recent free counselling sessions.

KUCHING, Rabu - University of Waikato di New Zealand ialah sebuah university untuk abad ke-21," demikian tegas Cik Vivienne Kingsbury yang tiba di sini untuk mengadakan sesi kaunseling tentang peluang pendidikan di New Zealand yang dijadual diadakan esok.

Beliau berada di sini untuk memberi khidmat nasihat kepada pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi di negara yang terkenal sebagai sebuah tempat yang selesa.

Sesi kaunseling esok akan bermula jam 2 petang di NZ Centre di tingkat bawah, Lot 2067 di Jalan Utama, Pending.

Sesi akan berakhir pada jam 5 petang.

University of Waikato menawarkan 16 ijazah mahasiswa, 70 mata pelajaran utama dan program dan lebih dari 3,000 kertas mengenai pelbagai pilihan pengajian khas. Kebanyakan daripada ijazah menawarkan pengalaman sebenar bekerja dengan asas teoretikal yang teguh.

Dengan jumlah kakitangan seramai 1,600 orang kampusnya terletak di kawasan seluas 68 hektar terletak kira-kira 3 km dari daerah perniagaan pusat bandar raya Hamilton.

Perjalanan dari Auckland mengambil laluan kira-kira 1.5km ke selatan untuk menuju kampus yang dibina dalam persekitaran bagaikan taman yang indah.