Peluang pendidikan tinggi NZ dalam sesi kaunseling esok
Utusan Sarawak - Wed, 19 Mar 2003
 

[ back ] [ NZC News Archive ]

Cik Jennifer Wilson dari Lincoln University

KUCHING, Selasa - Bagi lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi di New Zealand mereka dijemput menghadiri sesi kaunseling pelajar di NZ Centre di Jalan Utama, Pending, bersebelahan dengan Carvery Restaurant dan berhadapan dengan Telekom Malaysia.

Cik Jennifer Wilson dari Lincoln University of New Zealand akan mengendalikan sesi kaunseling itu pada 20 Mac bermula jam, 2 petang hingga 5 petang.

Lincoln University merupakan salah sebuah institusi perididikan tinggi tertua di New Zealand yang ditubuhkan pada 1878.

Universiti itu memiliki reputasi kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan termasuk perdagangan dan pengurusan, pengeluaran primer dan sumber asli, sains dan kejuruteraan dan sains sosial.

Lincoln University telah banyak melakukan projek usaha sama dengan Kerajaan Negeri Sarawak terutama dalam projek pembangunan eko-pelancongan, terutama sekali dalam bidang pengurusan Taman Negara.

Setakat ini seramai 38 graduan Lincoln sedang melakukan program latihan di beberapa buah Taman Negara di seluruh negeri.

Universiti itu terletak di bandar raya Christchurch yang merupakan sebuah bandaraya multi-budaya yang memiliki jaringan teguh membantu pengajian pelajar, kebudayaan, kesihatan, rekreasi dan keperluan keagamaan.

Terkenal sebagai Bandar Raya Taman, Christchurch memiliki beberapa buah taman indah dan menakjubkan, kawasan rizab serta kawasan lapang yang selesa lagi selamat.

Semasa menghadiri sesi kaunseling para pelajar digalak membawa bersama mereka sijil-sijil yang relevan untuk penilaian.

Pada hari yang sama Cik Vivienne Kingsbury dari University of Waikato juga akan turut mengadakan sesi kaunseling di tempat yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Lenny atau Cik Chai, atau Tim di Pusat NZ dengan menghubungi nombor telefon 082-483888 atau layari laman web www.nzcentre.biz atau e-mel kepada admin@nzcentre.biz.