Kaunselor university-universiti NZ di Kuching minggu depan
Mingguan Sarawak - Sun, 9 March 2003

[ back ] [ NZC News Archive ]

KUCHING, Sabtu - Beberapa orang pegawai dan kaunselor mewakili beberapa buah universiti dari New Zealand akan berada di sini untuk mengendalikan sesi kaunseling pada 10, 11 dan 20 Mac.

Tujuan mereka datang ialah untuk memberi perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada pelajar dan ibu bapa mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi di negara itu.

Siri kaunseling itu akan diadakan di Pusat NZ di tingkat bawah bangunan bernombor Lot 2067, Jalan Utama, Pending selama tiga jam bermula pukul 2 petang hingga 5 petang.

Pusat NZ ditubuhkan bertujuan untuk mempromosikan pendidikan dan pendidikan antara New Zealand dan Sarawak dan pusat itu dipengerusikan oleh Datuk Amin Satem yang juga Konsul Kehormat New Zealand merangkap presiden Dewan Perniagaan dan Industri Sarawak.

Pada sesi pertama 10 Mac Cik Christine dari University Auckland akan mengendalikan kaunseling dan temu ramah.

Pada hari yang sama juga Encik Timothy akan mengadakan sesinya bagi pihak Massey University.

Pada 11 Mac sesi dikendalikan oleh dua orang pensyarah dari Christchurch Polytechnic Institute of Technology. (CPIT) Professor Dr David Weir dan Dr Pim Borren dan Cik Clare bagi pihak University of Otago.

Sesi pada 20 Mac akan menyaksikan Jennifer Wilson dari Lincoln University dan Vivienne Kingsbury dari University of Waikato memberi maklumat dan panduan yang diperlukan.

Pelajar dan ibu bapa yang berminat diminta menghubungi Pusat NZ dengan menelefon 082-483888 atau 082-483999.