Auckland mahu kukuhkan kerjasama dengan Sarawak
Utusan Malaysia - 07 June 2003 

[ back ] [ NZC News Archive ]

 

KUCHING 6 Jun - New Zealand berminat mengukuhkan kerjasama dua hala dengan Malaysia khusus­nya Sarawak dalam sektor pendidi­kan tinggi, pertanian dan pelanco­ngan.

Menteri Perundingan Perdaga­ngannya, Jim Sutton berkata, ke­dua-dua pihak mempunyai kekua­tan tersendiri dalam ketiga-tiga sektor itu selain disokong dengan kerjasama yang telah lama terjalin.

"Kami juga bersedia melakukan pemindahan teknologi seperti dalam aktiviti pemprosesan makanan," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat NZ (New Zea­land) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan.

Sutton berkata, penubuhan pusat itu adalah bukti kepentingan Sara­wak kepada negaranya dengan ber­peranan selaku penyalur maklumat berkaitan sektor pendidikan tinggi, perdagangan dan pelaburan.

Menurutnya, pusat itu juga boleh memainkan peranan dua hala yang memberi keuntungan kepada ke­dua-dua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, Chan ingin melihat pusat itu beru­paya membantu meningkatkan ker­jasama dengan New Zealand agar Sarawak mampu mencapai status pusat pendidikan antarabangsa se­lain mengukuhkan hubungan da­gang dua hala.

Katanya, potensi meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak adalah besar, antara yang boleh diterokai ialah sektor pendidikan dan pelan­congan.

"Ini dibantu dengan hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak, contohnya ialah program pendidikan Plan Colombo," ujarnya.

Nilai perdagangan dua hala Ma­laysia-New Zealand pada tahun lalu ber jumlah RM2.4 bilion dengan ha­nya lima peratus membabitkan Sa­rawak.

Satu harapan beliau ialah pusat itu boleh memainkan peranan dua hala dalam mempromosikan pe­luang-peluang pendidikan tinggi bu­kan sahaja untuk New Zealand teta­pi juga kemudahan yang ada di Sa­rawak.

"Komuniti pelajar asing di Sara­wak juga semakin ramai termasuk mereka dari China, Thailand dan Filipina," katanya.

Beliau memberitahu, tumpuan harus diberi kepada menawarkan lebih banyak program pengajian berkembar yang semakin diminati oleh pelajar serta kursus lepasan ijazah.

Menurutnya, satu faktor yang boleh membantu menarik minat ke­datangan pelajar asing dan mence­tuskan suasana pembelajaran dan kondusif ialah keadaan di Sarawak sendiri sebagai negeri yang aman dan selamat.