Hubungan S'wak-New Zealand diperkukuh
Utusan Sarawak 07 June 2003 

[ back ] [ NZC News Archive ]

 

KUCHING, Jumaat - Hubungan mesra dua hala antara Sarawak dengan New Zealand akan diperkukuh­kan lagi menerusi beberapa rangkaian kerjasama yang perlu diberi penekanan un­tuk meningkatkan ekonomi kedua-dua pihak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam berkata untuk memper­eratkan hubungan dua hala itu, penekanan harus ditum­pukan kepada pelaburan dan perdagangan, perhutanan, pemprosesan makanan di samping pendidikan.

Menurutnya, perdagan­gan antara New Zealand clan

Sarawak yang mencatatkan nilai keseluruhannya kira­kira RM120,750 yang beru­pa lima peratus daripada RM2,415 juta nilai perda­gangan antara New Zealand dan Malaysia pada Disember 2002.

"Bahan berkaitan dengan pertanian merupakan antara eksport New Zealand ke ne­gara ini selain daging, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran serta kertas clan pulpa.

"Malaysia pula mengek­sport produk petroleum, bahan elektrik, getah, alat jentera dan minyak sayuran sejak beberapa tahun lalu," katanya pada majlis pem­bukaan rasmi NZ Centre di

Jalan Pending, hari ini. Pembukaan itu dilakukan Menteri Pertanian merang­kap Menteri Perhutanan New Zealand Jim Sutton. Dr Chan yang juga Men­teri Kewangan dan Kemu­dahan Awam berkata hu­bungan ekonomi menerusi pelaburan dua hala adalah aspek penting kerana 20 syarikat New Zealand me­labur di Malaysia yang me­liputi pelbagai sektor terma­suk telekomunikasi, elek­tronik, perisian, teknologi maklumat, produk bangu­nan dan makanan. Menurutnya, pertukaran produk antara Sarawak clan New Zealand boleh dilaku­

kan menerusi sektor per­hutanan kerana negara barat itu mempunyai pokok pin (sejenis kayu lembut) man­akala negeri ini mempunyai kayu keras.

Selain itu katanya, per­tukaran dalam industri ma­kanan juga dapat dilakukan memandangkan New Zea­land mempunyai produk makanan laut yang boleh dibawa ke sini, lebih-lebih lagi masyarakat tempatan suka kelainan dari segi ma­kanan

Dari segi pendidikan Dr Chan berkata, ramai pelajar Sarawak membuat pengajian di universiti di New Zealand dan begitu juga dengan pela­

jar di sana.

Katanya, dianggarkan 13,000 pelajar Malaysia per­nah menuntut di New Zealand dan oleh itu Sara­wak bersedia menyediakan data kursus yang ditawarkan di universiti tempatan kepa­da pelajar di sana.

.Oleh itu katanya, dengan adanya NZ Centre itu boleh dijadikan rujukan dalam bidang pendidikan dan per­niagaan dengan New Zea­land. NZ Centre ialah salu­ran untuk seluruh universiti di New Zealand.

Turut hadir ialah pen­garah urusan NZ Centre, Rodger Chan dan pengarah NZ Centre, Alex Ting.