NZ pindah teknologi ke Sarawak
Utusan Sarawak - 07 June 2003 

[ back ] [ NZC News Archive ]

 

KUCHING, Jumaat - New Zealand yang sejak sekian lama mempunyai hubungan akrab dan mesra bersama Malaysia berharap untuk memindahkan kemahiran dan teknologi yang berkaitan dalam kerjasamanya dengan Sarawak di masa depan, kata Menteri Rundingan Perdaga­ngan dan Pertanian negara itu, Jim Sutton, hari mi.

Beliau berkata New Zealand yang hubungan dua halanya dengan Sarawak bermula pada 1950­an hasil daripada Pelan Colombo dan aspek keselamatan bersama sedang meninjau kemungkinan mewujudkan usaha sama dalam bidang pelancongan, pendidikan, pertanian, pemprosesan ma­kanan dan perhutanan di Sarawak.

"Kita (New Zealand) boleh banyak belajar daripada Sarawak dan kami mempunyai kemahiran rersendiri dan teknologi yang kami sendiri bangunkan dan boleh digunakan di sini (ker­jasama masa depan)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pusat New Zealand di Pending dekat sini.

Mengenai potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, beliau berkata Sarawak dan New Zealand boleh mewujudkan peluang-peluang kelas pertama dan pengalaman dalam rantau supaya orang ramai dari Amerika dan Eropah boleh melawar dua destinasi ini.

7.ihuii Iclris, Sara"alc incwakili lima pcratus daripada perdagangan dua hala bernilai RM2.4 bilion antara New Zealand dan Malaysia yang merupakan rakan perdagangan kelapan terbesar bagi negara itu.

Buat masa ini, lebih kurang 20 syarikat New Zealand mempunyai pelaburan bestir di negara ini, termasuk telekomunikasi, elektronik, perisian, maklumat dan teknologi makanan, sementara perniagaan-perniagaan Malaysia telah melabur dalam sektor perhotelan dan hartanah, per­hutanan dan pemprosesan makanan di New Zealand.

Timbalan Ketua Menten Tan Sri Datuk Arnar Dr George Chan berkata Sarawak yang sebahagian besarnya mengimport produk-produk berkaitan pertanian dari New Zealand seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga pulpa dan kertas, boleh juga mempertimbangkan untuk mengeksport buah-buahan tropika dan makanan laut dan juga balak ke negara itu.