Sesi kaunseling pendidikan 28 Julai
Mingguan Sarawak - Ahad, 27 July 2003

[ back ] [ NZC News Archive ]

 

KUCHING, Sabtu - Pusat New Zealand (NZ) akan mengelolakan sesi kaunseling dan temu bual bersama kaunselor pendidikan dari dua universiti terkemuka di New Zealand pada 28 julai depan.

Sesi kaunseling profesional berkenaan bermula dari pukul 2 hingga 5 petang di premis Pusat NZ, Tingkat Bawah, Lot 2067 Jalan Utama (bersebelahan dengan Carvery Restaurant) dan dianjurkan secara percuma.

Cik Maeve Stevenson dari Universiti Canterbury dan Encik Bruce Stevenson dari Kolej Canterbury St Thomas akan mengendalikan sesi kaunseling pendidikan yang mewakili institusi pengajian masing-masing pada hari tersebut.

University Canterbury ditubuhkan pada tahun 1873 dan menawarkan ijazah sarjana muda dan sarjana dalam program perdagangan, pendidikan, kejuruteraan, seni halus, perhutanan, perundangan, muzik dan sains. Sementara Kolej Canterbury St Thomas ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan institusi pengajian Ka-tolik kepada pelajar lelaki berusia 11 hingga 18 tahun.

Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke New Zealand dialu-alukan datang bersama ibu bapa untuk mendapat bimbingan mengenai peluang pelajaran di negara itu.

Pelajar turut dinasihatkan membawa bersama sijil dan kelayakan mereka ke sesi kaunseling pendidikan berkenaan.

Pusat NZ ditubuhkan sebagai wakil rasmi universiti, kolej dan sekolah New Zealand. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Victoria atau Cik Chai atau Encik Tim di talian 082-334299/082-337299/082-483999. Mereka yang berminat turut boleh melayar laman web: www.nzcentre.biz atau menghantar emel ke admin@nzcentre.biz.