Pusat New Zealand anjur kaunseling pendidikan pada 19 dan 20 Ogos ini
Utusan Borneo - Ahad, 17 Ogos 2003

[ back ] [ NZC News Archive ]

 


KUCHING, 16 Ogos: Pusat New Zealand di sini akan menyelaraskan sesi kaunseling untuk para ibu-bapa dan pelajar yang berhajat melanjutkan pelajaran mereka ke negara berkenaan.

Para pegawai dan kaunselor dati semua universiti di New Zealand akan berada di sini selama dua hari mulai 19 Ogos ini untuk mengendalikan sesi berkenaan.

Ia akan bermula pada 9 pagi hingga 5 petang, bertempat di Pusat New Zealand, di Tingkat Bawah, Lot 2067, Jalan Utama, Pending.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat New Zealand hari ini, pada sesi itu nanti, pelajar-pelajar serta ibu-bapa mereka berpeluang mendapatkan maklumat terkini berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti di negara Kiwi itu.

New Zealand merupakan salah sebuah negara yang menawarkan kemudahan pendidikan yang terkenal bertaraf antarabangsa.

Selain yuran yang berpatutan, kos hidup yang sederhana serta suasana kondusif dan selamat, menjadikan negara itu salah satu pilihan utama pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah hubungi Pejabat Pusat New Zealand di talian 082-337299/483999 atau 019-8569699.