Pusat New Zealand anjur sesi kaunseling 
Utusan Sarawak - Isnin, 18 Ogos 2003

[ back ] [ NZC News Archive ]

 


SESI KAUNSELING... Suasana di dalam Pusat New Zealand di Jalan Utama, Pending, Kuching


KUCHING, Ahad- Beberapa orang pegawai dan canselor. dari universiti-universiti di New Zealand akan berada di Kuching pada 19 dan 20 Ogos ini untuk memberikan kaunseling secara percuma kepada para pelajar dan ibu bapa yang berminat. Menurut jurucakap Pusat New Zealand di sini, sesi kaunseling tersebut akan diadakan di Pusat New Zealand di Jalan Utama Pending di sini.

Katanya, sesi kaunseling tersebut akan bermula dari jam 9' pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada sebelah petang bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Antara pegawai dan canselor yang akan datang memberikan sesi kaunseling ialah Cik Christine Woo dari Universiti Auckland, Cik Jennifer Ann Wilson (Lincoln Universiti), Cik Wayne Angus/Cik Vaughan Gray (Universiti Otago), Encik Ross Grigg (NZ Immigration Service), Encik. Roger Armstrong (Universiti Massey), Cik Marilyn Henneker (Universiti Teknologi Auckland), Cik Anne Cronin/Lisa Lowe (Universiti Victoria Wellington), Cik Vivienne Kingsbury (Universiti Waikato), Cik Farida Memon (Universiti Canterbury) dan Cik Victoria Chan (NZ High Schools). New Zealand merupakan antara pusat pen didikan antarabangsa utama yang menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan tinggi.

Kepada ibu bapa sera pelajar yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung sesi kaunseling tersebut boleh menghubungi Pusat New Zealand di talian 082334299/082-337299/082-483999 atau 019-8569699.